Kalau ramai orang kata Takaful Ikhlas lambat dari segi tuntutan dan sebagainya..Sayat idak peduli! Ini kerana tuntutan biasanya sangatlah mudah tidak kiralah sama ada tuntutan TAKAFUL KELUARGA mahu pun dari TAKAFUL KENDERAAN. Biasanya yang lambatnya proses tuntutan ialah borang tuntutan yang tidak lengkap ataupun terdapat keraguaan yang munasabah. Pernah membuat tuntutan untuk diri sendiri mahu pun bagi pihak clients. Ternyata cekap dan dalam tempuh yang singkat, cek dikeluarkan.
Cuba lihat keratan akhbar disebelah. Baru tiga bulan menyimpan tetapi Allah lebih menyayanginya. Mungkin belum berpeluang menunaikan Haji tetapi insyaAllah dengan wang tersebut mungkin warisnya boleh mengupah mahupun pergi sendiri menunaikan Haji atas nama arwah. Bukan sahaja haji, lebihan tersebut boleh disedekahkan ke fakir miskin, membina masjid etc. Kalau diikutkan dari segi perkiraan menyimpan sebulan RM100.00 di dalam bank, manakan dapat RM126,659.39. Ini bukannya skim cepat kaya. Tapi inilah kuasa "tabarru" sesama penyimpan yang lain.
No comments:
Post a Comment