Ini adalah lanjutan tulisan saya sebelum ini yang bertajuk, 7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan.
Modul ini saya guna di dalam setiap pembentangan saya selaku perunding takaful dan kewangan Islam. Modul yang saya bangunkan sedikit demi sedikit kira-kira dua tahun lalu ini masih belum sempurna dan terbuka untuk sebarang penambahbaikan.
Modul yang sama juga saya gunakan untuk sesi ceramah atau latihan kepada para fresh graduan dan pelajar-pelajar tahun akhir IPT.
Secara keseluruhannya, penerangan di dalam tulisan sebelum ini, saya simpulkan dalam gambar rajah berikut;
Gambarajah: Piramid Pengurusan Kewangan
Piramid Pengurusan Kewangan ini membahagikan INSTRUMEN , TUJUAN dan PRODUK/CONTOH.
Pembahagian ini adalah untuk memahami perbezaan antara satu instrumen dengan instrumen yang lain.
Instrumen-instrumen ini perlu digunakan dengan betul berdasarkan tujuan masing-masing-masing. Jika tidak ia akan menghasilkan keputusan yang berbeza daripada yang diharapkan.
Perkara ini pernah saya analogikan antara pisau dengan kapak di dalam tulisan saya dahulu yang bertajuk;Jangan Gunakan Kapak Untuk Memotong Sayur!.
Memahami TUJUAN dan PRODUK setiap INSTRUMEN kewangan, boleh mengelakkan kita daripada menggunakan “PISAU” untuk “MENEBANG POKOK” perlu dielakkan. Jika tidak, “POKOK” tidak tumbang, malah “PISAU” kita pula yang akan tumpul.
Sebagai contoh, produk TAKAFUL adalah sebagai instrumen PERLINDUNGAN. Maka ia janganlah dianggap sebagai instrumen untuk SIMPANAN atau PELABURAN. Sekalipun di dalam sesetengah produk TAKAFUL mempunyai elemen SIMPANAN dan PELABURAN, namun tujuan utama dan asalnya ia adalah untuk PERLINDUNGAN.
Oleh yang demikian, apabila kita membuat sumbangan sebanyak RM 100 sebulan, maka ia bukan bermakna kita telah membuat SIMPANAN sebanyak RM 1,200 setahun di dalam polisi takaful tersebut.
Begitu juga untuk memahami produk UNIT AMANAH, ia adalah produk untuk PELABURAN. Maka, ia tidak dapat lari daripada elemen RISIKO. Justeru, ia sama sekali tidak sama dengan produk-produk untuk SIMPANAN yang tidak mempunyai RISIKO.
Oleh itu, sekiranya kita melaburkan RM 10,000 untuk dengan harapan untuk mendapatkan hasil RM 10,000 yang kedua, maka kita perlu turut bersedia untuk menerima risiko kehilangan RM 10,000 tersebut. Ini adalah contoh “worst case scenario”.
Jadi, fahami dan kenali instrumen-instrumen kewangan yang ada sebelum menggunakannya.
sumber:http://rahsiatakaful.com
No comments:
Post a Comment