Pengenalan
Bayangkan kemungkinan memiliki kekayaan dengan sumbangan yang kecil sahaja setiap bulan.
IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful memberikan anda ketenangan fikiran dengan perlindungan kewangan yang sewajarnya menerusi pelaburan di dalam mana-mana 3 dana pelaburan kami, iaitu Dana Pertumbuhan, Dana Seimbang serta Dana Pendapatan Tetap.
Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful?
Peluang untuk Meraih Pendapatan yang Lebih Lumayan
Dengan hanya RM100 sebulan, anda sedang mengorak langkah ke arah menjamin masa depan yang diingini dengan perlindungan kewangan yang diperlukan seandainya berlaku sebarang bencana yang boleh membawa kepada kematian ataupun TPD (Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh).
Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)*
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta, 100% daripada Jumlah Perlindungan campur amaun terkumpul di dalam semua unit saham akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Peruntukan Lien
Seandainya berlaku kematian kepada peserta sebelum mencapai umur lima (5) tahun 9(pada hari lahir berikutnya), dan tertakluk kepada terma dan syarat di dalam Sijil, Jumlah Perlindungan (SC) akan dibayar mengikut jadual berikut:
Umur Sewaktu Kematian Hari Lahir Berikutnya Peratusan SC yang Akan Dibayar
1 Tahun 20 %
2 Tahun 40 %
3 Tahun 60 %
4 Tahun 80 %
5 Tahun dan keatas 100 %
Mengapa IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful?
Pengeluaran Tunai
Amaun pengeluaran minimum ialah RM 500.00*. Pengeluaran separa adalah tertakluk kepada baki minimum sebanyak RM 3,000.00 di dalam semua unit saham.
*Fi pengeluaran akan dikenakan (maksimum RM50) untuk setiap urusniaga.
Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa, tertakluk kepada syarat berikut :
Amaun Minimum : RM 500.00
Amaun Maksimum : 5 kali ganda sumbangan tahunan untuk setiap tahun.
Penamatan
Sijil Perakuan atau peserta mencapai umur 80 tahun pada hari lahir berikutnya ataupun apabila faedah bayaran kematian atau TPD dibuat
Fi Tukar Ganti (setiap tahun sijil perakuan)
Tukar ganti pertama : Percuma
Tukar ganti berikutnya : RM 50.00 untuk setiap tukar ganti.
Syarat dan Had Umur
Umur Penyertaan : : Pemilik sijil Perakuan : 18 - 60 tahun, umur pada hari lahir berikutnya.
Peserta : 1-60 tahun, umur pada hari lahir berikutnya.
Had Penyertaan : Sumbangan Minimum Tahunan - RM 1,200.00
Sumbangan maksimum adalah tertakluk kepada keputusan penanggung jaminan.
Umur Tamat Tempoh Penyertaan : Apabila peserta mencapai umur 80 tahun, hari lahir berikutnya.
Jumlah Perlindungan : Jumlah Perlindungan Minimum - 5 x Sumbangan Tahunan (atau setara dengan RM6,000.00).
Jumlah Perlindungan Maksimum - 50 x Sumbangan Tahunan (tertakluk kepada keputusan pengunderaitan).
No comments:
Post a Comment