Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.
Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.
Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.
Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
Dalil Kerjasama
Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain.(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
Dalil Tanggungjawab
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam al- Bukhari dan Imam Muslim)
Muslim yang sebenar (Mu'min) dengan Muslim yang lain (Mu'min) diibaratkan seperti bangunan di mana setiap bahagian menyokong bahagian yang lain. (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
Dalil Saling Melindungi
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad) Berasaskan hadith di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.
Memahami Kontrak Takaful
Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis 'Aqad (kontrak). Ianya adalah kontrak Tabarru' (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta
Jika anda memerlukan perlindungan dan juga simpanan, Takaful Ikhlas lah penyelesaiannya. Jika ingin keterangan lebih lanjut mengenai skim yang ditawarkan sila hubungi saya di no yang disertakan di sebelah atas kanan blog ini.
No comments:
Post a Comment