Saturday, January 15, 2011

Takaful Ikhlas menang anugerah Berita Kewangan Islam


KUALA LUMPUR 11 Mac – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) memenangi Anugerah Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik bagi anugerah Berita Kewangan Islam 2009 untuk kali kedua.

"Kejayaan Takaful Ikhlas memenangi anugerah ini buat tahun kedua berturut-turut jelas membuktikan betapa pentingnya kerjasama sepasukan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
CEO Takaful Ikhlas Sdn Bhd

"Kejayaan ini juga adalah mandat yang diberikan kepada seluruh warga kerja Takaful Ikhlas yang berdedikasi untuk bekerja lebih keras dalam usaha menyediakan perkhidmatan berkualiti dan profesional, sejajar dengan komitmen kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berdasarkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam,” katanya.

Anugerah ini adalah hasil daripada undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam.

Anugerah Undian Berita Kewangan Islam 2009 yang diadakan buat kali kelima ini merupakan anugerah yang tulus, sahih dan kompetitif di dalam industri kewangan Islam.

Takaful Ikhlas, mula beroperasi pada Julai 2003, merupakan anak syarikat MNRB Holdings Bhd., di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Bhd melalui Skim Amanah Saham Bumiputera. – Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

No comments:

Post a Comment