Tuesday, January 25, 2011

Modul Piramid Pengurusan Kewangan

Ini adalah lanjutan tulisan saya sebelum ini yang bertajuk, 7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan.
Modul ini saya guna di dalam setiap pembentangan saya selaku perunding takaful dan kewangan Islam. Modul yang saya bangunkan sedikit demi sedikit kira-kira dua tahun lalu ini masih belum sempurna  dan terbuka untuk sebarang penambahbaikan.
Modul yang sama juga saya gunakan untuk sesi ceramah atau latihan kepada para fresh graduan dan pelajar-pelajar tahun akhir IPT.
Secara keseluruhannya, penerangan di dalam tulisan sebelum ini, saya simpulkan dalam gambar rajah berikut;
Piramid Pengurusan Kewangan Modul Piramid Pengurusan Kewangan
Gambarajah: Piramid Pengurusan Kewangan
Piramid Pengurusan Kewangan ini membahagikan INSTRUMEN , TUJUAN dan PRODUK/CONTOH.
Pembahagian ini adalah untuk memahami perbezaan antara satu instrumen dengan instrumen yang lain.
Instrumen-instrumen ini perlu digunakan dengan betul berdasarkan tujuan masing-masing-masing. Jika tidak ia akan menghasilkan keputusan yang berbeza daripada yang diharapkan.
Perkara ini pernah saya analogikan antara pisau dengan kapak di dalam tulisan saya dahulu yang bertajuk;Jangan Gunakan Kapak Untuk Memotong Sayur!.
Memahami TUJUAN dan PRODUK setiap INSTRUMEN kewangan, boleh mengelakkan kita daripada menggunakan “PISAU” untuk “MENEBANG POKOK” perlu dielakkan. Jika tidak, “POKOK” tidak tumbang, malah “PISAU” kita pula yang akan tumpul.
Sebagai contoh, produk TAKAFUL adalah sebagai instrumen PERLINDUNGAN. Maka ia janganlah dianggap sebagai instrumen untuk SIMPANAN atau PELABURAN. Sekalipun di dalam sesetengah produk TAKAFUL mempunyai elemen SIMPANAN dan PELABURAN, namun tujuan utama dan asalnya ia adalah untuk PERLINDUNGAN.
Oleh yang demikian, apabila kita membuat sumbangan sebanyak RM 100 sebulan, maka ia bukan bermakna kita telah membuat SIMPANAN sebanyak RM 1,200 setahun di dalam polisi takaful tersebut.
Begitu juga untuk memahami produk UNIT AMANAH, ia adalah produk untuk PELABURAN. Maka, ia tidak dapat lari daripada elemen RISIKO. Justeru, ia sama sekali tidak sama dengan produk-produk untuk SIMPANAN yang tidak mempunyai RISIKO.
Oleh itu, sekiranya kita melaburkan RM 10,000 untuk dengan harapan untuk mendapatkan hasil RM 10,000 yang kedua, maka kita perlu turut bersedia untuk menerima risiko kehilangan RM 10,000 tersebut. Ini adalah contoh “worst case scenario”.
Jadi, fahami dan kenali instrumen-instrumen kewangan yang ada sebelum menggunakannya.

7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan

Selaku seorang perunding takaful dan kewangan Islam, adalah menjadi tugas saya untuk menerangkan konsep pengurusan kewangan secara umum.
Di dalam setiap pembentangan secara personal atau taklimat, saya akan mulakan dengan konsep pengurusan kewangan secara umum sebelum fokus kepada takaful.
Ia bertujuan supaya klien saya memahami bahawa takaful merupakan salah satu daripada pelbagai instrumen yang lain.
Secara umumnya, asas pengurusan kewangan saya simpulkan kepada 7 langkah dan peringkat, sebagaimana berikut;
Konsep Pengurusan Kewangan 7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan
  1. PENDAPATAN (Income);Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada pekerjaan seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?
  2. SIMPANAN (Saving);
    Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.
  3. PERBELANJAAN (Expenses);
    Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;
    PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
    Tetapi, yang sepatutnya ialah;
    PENDAPAAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
    Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.
  4. PERLINDUNGAN (Protection);
    Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah takaful dan insurans.
  5. PELABURAN (Investment);
    Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.
  6. PENYUCIAN (Purification);
    Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.
  7. PEMBAHAGIAN (Distribution);
    Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah fungsi wasiat, dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN  mengikut faraid berjalan lancar.

Menunaikan Haji Dengan Takaful IKHLAS?

Rentetan daripada entri bertajuk ; “Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!“, saya menerima beberapa pertanyaan tentang perkara ini.
Di bawah ini adalah salah satu daripada persoalan dan diskusi tentang perkara yang saya kemukakan di blog ini untuk dikongsi bersama para pembaca.
haji1 Menunaikan Haji Dengan Takaful IKHLAS?
haji2 Menunaikan Haji Dengan Takaful IKHLAS?haji3 Menunaikan Haji Dengan Takaful IKHLAS?haji4 Menunaikan Haji Dengan Takaful IKHLAS?
Nota: Ingin saya tegaskan satu perkara tentang produk IKHLAS Haji Saving Takaful ini, adalah produk PERLINDUNGAN kewangan untuk meunaikan haji. Bermakna, ia menyediakan plan PERLINDUNGAN untuk simpanan haji seandainya, penyimpan tidak sempat menunaikan haji akibat berlaku musibah kematian, lumpuh atau sakit kritikal. Ia tidak sekali-kali menggantikan simpanan di Tabung Haji, namun ia juga boleh memberi nilai tambah kepada simpanan di Tabung Haji

Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!

Eh, seperti tagline syarikat penerbangan pula tajuk tulisan saya hari ini icon smile Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!
Sudahkah saudara memulakan simpanan untuk menunaikan haji? Sekiranya belum, eloklah mulakan sekarang.
Bak kata pepatah Cina, masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 10 tahun yang lalu, dan masa kedua terbaik adalah sekarang.
tabung haji1 300x224 Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!
Haji: Simpanan vs Pelaburan
Saya teringat, beberapa tahun lalu, selepas mengendalikan sebuah bengkel pengurusan kewangan kepada graduan muda sebuah universiti, selepas bengkel tersebut, seorang peserta mengadukan persoalan berkenaan tentang simpanan haji.
En Afyan, saya baru sahaja menyertai satu pelaburan unit amanah untuk membuat simpanan menunaikan haji untuk ibu bapa saya”, kata peserta tersebut.
Bagaimana saudari boleh terfikir untuk berbuat demikian”, tanya saya selepas mengetahui jumlahnya agak besar bagi seorang pelajar graduan baru sepertinya.
Seorang rakan saya, yang juga ejen unit amanah memberitahu bahawa duit tersebut akan dilaburkan dan memberi keuntungan”, katanya.
Katanya juga dia rasa sedikit bingung dengan tindakannya selepas mengikuti bengkel saya yang menekankan tentang perbezaan instrumen simpanan, pelaburan dan perlindungan.
Saya menjelaskan kepadanya, kata ejen tersebut benar bahawa unit amanah merupakan satu instrumen pelaburan. Namun, tindakannya melaburkan hampir kesemua wang simpanan yang disimpannya ke dalam pelaburan unit amanah dengan harapan dua tahun lagi dia dapat gunakan untuk menghantar ibu bapanya menunaikan ibadah haji agak kurang praktikal dan realistik.
Saudari yakin, dua tahun lagi wang yang saudari laburkan akan memberi keuntungan?”, tanya saya yang diikuti dengan gelengan kepadanya yang sedikit teragak-agak.
Lantas saya mengulang kembali beberapa isi penting daripada bengkel saya tadi berhubung simpanan dan pelaburan. Saya terangkan kepada beliau, niatnya amat murni untuk menghantar kedua ibu dan ayahnya menunaikan haji, namun dalam kondisi beliau sebagai pelajar, adalah kurang wajar untuk melaburkan wang tersebut ke dalam unit amanah dengan sasaran dua tahun lagi duit tersebut akan mencukupi bagi menanggung kos perbelanjaan haji.
Saya turut katakan kepadanya bahawa, dengan tempoh yang begitu pendek, dua tahun tidak praktikal untuk melihat wang pelaburan di unit amanah bertambah mendadak. Lebih teruk lagi, ketika tempoh dua tahun itu sudah sampai duitnya makin berkurangan.
Apakah instrumen terbaik untuk simpanan haji?Untuk soalan ini, jawapannya sudah diberikan di dalam soalannya.
Jawapannya ialah SIMPANAN.
Jawapan yang sama sekiranya ada yang bertanya, “Afyan, apakah instrumen yang terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak saya?”.
Untuk memulakan simpanan haji, gunakanlah instrumen simpanan yang sewajarnya untuk membuat simpanan. Instrumen simpanan terbaik bagi simpanan haji di Malaysia ialah Tabung Haji. Sebagaimana namanya, Tabung Haji adalah sebuah instrumen untuk membantu masyarakat Islam membuat simpanan bagi tujuan menunaikan ibadah haji.
Kos menunaikan haji meningkat dari masa ke masa. Justeru masa terbaik untuk memulakan simpanan haji adalah sekarang, bukan untuk menunggu sehingga usia pencen baru berkira-kira hendak menunaikan haji.
Bagi merangsang minat untuk menunaikan haji, saya amat menggalakkan saudara sekalian membaca buku Travelog Haji serta buku Haji Muda terbitan PTS Publication.
Merancang simpanan haji
Untuk merancang simpanan haji, ada beberapa langkah yang saya syorkan;
  • Pertama; Letakkan sasaran tempoh masa.
  • Kedua; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.
  • Ketiga; Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.
Sebagai contoh, saudara berusia 30 tahun dan bercadang untuk memulakan simpanan haji.
Pertama; Letakkan sasaran tempoh masa.Katakanlah saudara mensasarkan usia 40 tahun untuk menunaikan ibadah haji, maka saudara mempunyai tempoh 10 tahun lagi untuk membuat simpanan.
Kedua; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.Dalam masa 10 tahun akan datang, saudara menganggarkan jumlah perbelanjaan haji adalah RM 20,000. Maka RM 20,000 menjadi sasaran simpanan yang perlu dilakukan.
Ketiga; Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.
Akhir sekali, jumlah RM 20,000 tadi dibahagikan dengan temph 10 tahun, maka
  • RM 20,000 / 10 tahun = RM 2000 setahun,
  • RM 2,000 setahun / 12 bulan = 166.66 atau Rm 170 (selepas dibundarkan) sebulan
  • Maka, jumlah simpanan bulanan yang diperlukan adalah RM 170 atau
Jumlah RM 170 ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya sasaran tersebut lebih pendek masanya atau simpanan yang diperlukan lebih tinggi. Contoh yang saya berikan ini tanpa mengambil kira sebarang keuntungan.
Jadi, apa seterusnya?
Seterusnya, apa yang saudara perlu lakukan ada DISIPLIN. Ya, berdisiplin dalam membuat simpanan setiap bulan selama 10.
Sekarang, saudara sudah mengetahui kaedah dan cara membuat simpanan haji. Namun, adakah saudara yakin dalam tempoh 10 tahun akan datang saudara masih mampu menunaikan niatnya saudara?
Tiada siapa mampu memberikan jawapan ini melainkan Allah. Takdir akan menentukan sama ada nyawa kita masih panjang untuk mengecapi usia 40. Jika usia kita masih panjang, dan kita masih sihat wal-afiat, kita berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Jika sebaliknya, insya-Allah niat dan usaha kita untuk menunaikan haji tetap akan diberi pahala oleh Allah.
Justeru, di sinilah peranan takaful datang untuk membantu niat tersebut tetap tercapai sekalipun berlaku perkara yang tidak diingini terhadap diri saudara.
Piramid%20Pengurusan%20Kewangan SAVING%20INVEST%20PROTECT Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!
Kombinasi SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN untuk menyediakan wang perbelanjaan menunaikan haji. Gambar daripada Modul Pengurusan Kewangan.
IKHLAS Hajj Saving Takaful
Takaful IKHLAS memperkenalkan sebuah produk terbaru IKHLAS Hajj Saving Takaful dengan kad30 sebulan, membolehkah simpanan haji berkenaan diberi jaminan kewangan sekiranya berlaku musibah terhadap peserta sebelum sempat menunaikan haji.
Dengan kadar semurah ini, berdasarkan pengiraan yang dilakukan sebentar tadi, saudara boleh peruntukkan sebahagian jumlah simpanan saudara ke dalam IKHLAS Hajj Saving Takaful sebagai akaun kedua selepas Tabung Haji.
Produk ini memberi perlindungan dalam bentuk pampasan kewangan seandainya peserta meninggal dunia atau lumpuh atau ditimpa penyakit kritikal dalam tempoh masa membuat simpanan haji.
Selain itu juga, dengan kaedah ini, saudara boleh berDISIPLIN melakukan “simpanan paksa” berbanding kaedah simpanan biasa di bank atau Tabung Haji yang tiada elemen “paksa” ini.
Kini, dengan kadar serendah RM 30 sebulan, semua orang mampu untuk menunaikan haji!

Saturday, January 15, 2011

TUNTUTAN RM126,659.39

Kalau ramai orang kata Takaful Ikhlas lambat dari segi tuntutan dan sebagainya..Sayat idak peduli! Ini kerana tuntutan biasanya sangatlah mudah tidak kiralah sama ada tuntutan TAKAFUL KELUARGA mahu pun dari TAKAFUL KENDERAAN. Biasanya yang lambatnya proses tuntutan ialah borang tuntutan yang tidak lengkap ataupun terdapat keraguaan yang munasabah. Pernah membuat tuntutan untuk diri sendiri mahu pun bagi pihak clients. Ternyata cekap dan dalam tempuh yang singkat, cek dikeluarkan.

Cuba lihat keratan akhbar disebelah. Baru tiga bulan menyimpan tetapi Allah lebih menyayanginya. Mungkin belum berpeluang menunaikan Haji tetapi insyaAllah dengan wang tersebut mungkin warisnya boleh mengupah mahupun pergi sendiri menunaikan Haji atas nama arwah. Bukan sahaja haji, lebihan tersebut boleh disedekahkan ke fakir miskin, membina masjid etc. Kalau diikutkan dari segi perkiraan menyimpan sebulan RM100.00 di dalam bank, manakan dapat RM126,659.39Ini bukannya skim cepat kaya. Tapi inilah kuasa "tabarru" sesama penyimpan yang lain. 

TUNTUTAN RM411,409.49 [ MENINGGAL DUNIA + KANSER PAYU DARA ]

PETALING JAYA, 11 Jun (Bernama)-- Nor Rashidah Salleh, yang meninggal dunia akibat kanser pada Oktober tahun lalu, mengambil langkah yang tepat apabila menyertai pelan perlindungan takaful pada 2007.

Syarikat penyedia skim takaful kematian yang disertai Allahyarham, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS), baru-baru ini menyerahkan bayaran tuntutan sebanyak RM411,409.49 kepada keluarga Allahyarham.

Pembayaran itu diterima waris Allahyarham, Mohd Razib Ali, 50. Konsep takaful adalah ibarat pepatah 'sediakan payung sebelum hujan' iaitu membuat persiapan menghadapi masa depan yang belum tentu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam satu kenyataan hari ini.

"Memang tidak dinafikan kasih ibu tiada penggantinya, namun sijil yang diambil Allahyarham diharap mampu memberi manfaat serta faedah ketika ditimpa musibah," kata Syed Moheeb.

Pelan takaful yang disertai Allahyarham dua tahun lepas itu merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang diagihkan kepada peserta. Mohd Razib berkata beliau akan memanfaatkan wang tuntutan ini untuk menampung pendidikan anak-anaknya.

TUNTUTAN RM15,000 [ KEHILANGAN KAKI ]

KUALA LUMPUR, July 3 (Bernama) -- Takaful IKHLAS Sdn Bhd, provider of products and services in syariah-based financial protection, has contributed RM15,000 to help Noridawati Husin buy a prosthetic leg.

In a statement here Friday, its executive vice president/chief operating officer, Wan Mohd Fadzlullah Wan Abdullah, said the contribution was part of the company's corporate social responsibility.

"We hope that with this contribution, it will help change the life of Noridawati's family.

"The prosthetic leg will help ease Noridawati's burden who needs help in her movements as she has to take care of her children who are still small and to earn a living," he said.

Takaful IKHLAS, which started operations in July 2003, is a subsidiary of MNRB Holdings Bhd.

MNRB is listed on main board of Bursa Malaysia and its major shareholder is Permodalan Nasional Bhd.
Sumber : Bernama

TUNTUTAN RM 20,000 [ KANSER USUS ]

Dipetik daripada Utusan Online

DUNGUN 26 Julai - Seorang jururawat yang menghidap kanser usus terharu apabila menerima tuntutan insurans yang dicarum sejak 2006 sebanyak RM 20,000 daripada Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.Jama'iyah Ismail, 37, yang disahkan mengidap penyakit tersebut Mac lalu gembira apabila tuntutan insuransnya ditunaikan setelah sekian lama menanti (huhu lama ke - sebulan lepas tu, kan ada waiting period. Julai dapat dah).''Memandangkan saya bekerja di jabatan kerajaan, tiada masalah untuk menanggung kos perubatan namun saya terpaksa memperuntukkan wang untuk membeli makanan tambahan yang agak mahal.

Azhar Mohammed (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek daripada Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. kepada Jama'iyah Ismail di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, kelmarin.

"Jadi peruntukan yang diperoleh ini akan membantu kos perubatan sampingan saya selain boleh digunakan untuk menanggung keluarga,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan wang caruman tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini petang semalam.Jamai'yah yang bekerja sebagai jururawat di Klinik Pergigian Bukit Tunggal sejak 11 tahun lalu, telah menjalani dua kali pembedahan dan kini menerima rawatan kemoterapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.Ujar ibu kepada empat orang anak itu, dia telah menjalani sebanyak enam kali rawatan kemoterapi dan masih berbaki dua kali rawatan."Saya tidak tahu berapa lama lagi saya perlu menjalani rawatan ini dan berapa kos yang perlu ditanggung. Saya bersyukur menerima tuntutan ini," jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Unit Takaful Ikhlas Bahagian Wilayah Timur, Azhar Mohammed berkata, ini merupakan kes pertama di negeri Terengganu yang melibatkan pemberian tuntutan kepada pesakit kanser.Jelasnya, ini kerana tidak ramai rakyat Terengganu yang mengambil insurans pelindungan.Oleh itu, ujarnya, menerusi skim insurans yang ditawarkan oleh Takaful ikhlas itu, mereka boleh menikmati pelbagai faedah."

Selain tanggungan perubatan, mereka juga boleh mencarum untuk simpanan," jelasnya.

TUNTUTAN RM36,094.14 [ MENINGGAL DUNIA ]

KUANTAN 8 Ogos - Seorang ibu tunggal, Rozita Mohamed, 46, menerima pampasan insurans sebanyak RM36,094.14 daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful) berikutan kematian suaminya pada 23 Mac lalu.

Ibu kepada tiga orang anak berusia 15 hingga 22 tahun itu, menerima pampasan tersebut bagi pihak suaminya, Hazmi Hamzah yang meninggal dunia akibat kerosakan hati.

Cek pampasan itu disampaikan oleh Penolong Naib Presiden Jualan Agensi Keluarga Takaful, Shamsul Bahrin Sugiman dan disaksikan oleh Pengurus Cawangan, Zainal Rahmat Md. Zain pada satu majlis di pejabat syarikat itu di Jalan Beserah di sini baru-baru ini.

Menurut Rozita, Allahyarham suaminya meninggal dunia ketika berusia 47 tahun dan bertugas sebagai anggota polis berpangkat koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran dekat sini.

Katanya, Allahyarham yang berasal dari Seberang Marang, Terengganu tidak menyedari bahawa dia menghidap penyakit tersebut dan telah meninggal dunia selepas sebulan berada dalam keadaan kritikal. Beliau berkata, kehilangan suaminya secara mengejut membuatkan dia dan anak-anak bagaikan hilang arah.

''Namun, saya bersyukur kerana arwah sentiasa beringat demi masa depan saya dan anak-anak dengan mencarum dengan Takaful," katanya di sini.

Sementara itu, Pengurus Agensi Insan Mesra Takaful, Azizal Ahmad berkata, pelaburan yang di buat oleh Allahyarham dapat membantu meringankan beban keluarganya. ''Justeru, menjadi tanggungjawab pihak kami untuk menyegerakan proses pembayaran kepada pencarum," katanya.

Takaful IKHLAS terima dua Anugerah Kecemerlangan Jenama Brandlaureate-SMEs Chapter Awards 2009

Kuala Lumpur, 11, Januari 2010 – Meskipun baru berusia tujuh tahun, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) sudah membuktikan kehebatannya, apabila ia memenangi Anugerah BrandLaureate SMEs Chapter Awards 2009 bagi kecemerlangan Penjenamaan Korporat - Jenama Terbaik - dalam Perkhidmatan Perlindungan Kewangan Islam dan juga Penjenamaan Produk - Jenama Terbaik - dalam Perkhidmatan Insurans Kesihatan (2 tahun berturut-turut). Anugerah ini telah disampaikan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Y.Bhg Tan Sri Rafidah Aziz di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur.

Anugerah BrandLaureate, juga dikenali sebagai Anugerah Grammy bagi Penjenamaan, mengiktiraf jenama yang terbaik dari Malaysia dan Asia Pasifik, meliputi pelbagai industri dan kategori; daripada syarikat multinasional hingga syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat tersenarai awam. Dianjurkan oleh Yayasan Jenama Asia Pasifik, pemenang dipilih berasaskan kriteria 300 mata penghakiman yang ketat, meliputi strategi jenama, komunikasi jenama, serta ekuiti dan prestasi jenama.

“Kejayaan ini benar-benar mencerminkan semangat Malaysia boleh dan sejauh mana yang boleh dicapai oleh Takaful IKHLAS dalam menyebarkan muamalat Islam serta menjenamakan produk Takaful di negara Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Dato’ Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman.

“Anugerah yang diberikan kepada Takaful IKHLAS ini merupakan penghormatan yang tidak ternilai harganya. Ini membuktikan bahawa produk Takaful IKHLAS adalah setanding dengan syarikat-syarikat besar yang telah lama bergiat aktif bukan sahaja di dalam industri takaful tetapi juga insurans. Malahan kesedaran masyarakat terhadap produk-produk perlindungan Takaful IKHLAS semakin berkembang ini jelas membuktikan produk-produk kami menepati citarasa dan keperluan rakyat Malaysia kerana kami bukan sahaja menawarkan produk perlindungan yang inovatif dan terbaik tetapi juga berasaskan prinsip dan nilai Islam ,” jelas Syed Moheeb.

“Di awal pembukaan Takaful IKHLAS pada 2003, kami mengalami fasa pertumbuhan dan transformasi yang mencabar untuk berdiri kukuh di dalam pasaran industri Takaful. Kami juga terpaksa mengumpul maklumat yang lengkap mengenai keunikan produk kami termasuk bahan-bahan pemasaran dan kolateral sebelum memasuki pasaran dan menyebarkannya kepada masyarakat,” kata Syed Moheeb.

"Setiap masa kami membangkitkan kesedaran terhadap perlindungan takaful kepada masyarakat. Apabila kami cuba menarik pasaran tempatan, kami terpaksa menerangkan kelebihan Takaful IKHLAS, seperti manfaat, keistimewaan serta nilai wang bagi setiap pelan dan produk perlindungan yang kami keluarkan. Allahamdullilah, kini kami menyerlah sebagai salah satu institusi pengantara kewangan Islam yang amat kompetitif dan diterima oleh setiap masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama”, jelas Syed Moheeb.

“Pihak kami selalu berpegang kepada komitment yang telah kami janjikan iaitu menawarkan produk-produk inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti dan mempunyai keazaman yang berterusan untuk membina reputasi kami. Pihak kami juga merangka pelbagai pelan agar peranan dan tanggungjawab asasi Takaful IKHLAS untuk menyebarluaskan lagi muamalah Islam di negara kita khususnya dan diperingkat global, amnya tercapai”, tambah Syed Moheeb lagi.

Sebelum ini Takaful IKHLAS telah memenagi pelbagai anugerah berprestij peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

Takaful IKHLAS yang telah pun mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak; Melaka, Kota Kinabalu, Sabah; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Putrajaya.

Takaful Ikhlas to build up property role

Takaful Ikhlas Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of MNRB Holdings Bhd, wants property to account for at least a fifth of its investment portfolio for the year ending March 31 2011.



The takaful operator recently made its maiden property investment when it paid RM87 million for its new corporate office, IKHLAS Point, in the fast-developing commercial area of Bangsar South, Kuala Lumpur.

Its president and chief executive officer, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman, hopes the investment will be the beginning of its plans to broaden income through properties.

The investment portfolios of takaful operators are similar to their conventional counterparts' and include equity, cash and bonds.

"We are keen to buy rentable office premises that offer long-term sustainable revenue. However, we are cautious in our investment policy, which trends towards capital preservation," Syed Moheeb told reporters after a media tour of IKHLAS Point.
The company bought the building, which include two office blocks, using funds from contributions paid by policyholders, which number about 1.3 million currently.

"We are, in fact, renting the building from our policyholders. But, more importantly, the investment will ensure rental income for our policyholders," Syed Moheeb said.

"This is a really good investment for us because the yield is higher. We bought this building at a very low price during the recession," he said, adding that the property had already appreciated by more than 26 per cent in just one year.

The purchase was done through the company's Family Fund, which was given the approval by the operator's investment committee in July 2008.

Takaful Ikhlas' total assets currently stand at more than RM1.2 billion, out of which 60 per cent comes under its Family Fund and the balance under its Shareholder Fund and General Risk Fund.

Depending on the size of the investment, future property investments could be a mix of the funds available.

The company is also looking to house its existing 10 branches in its own buildings in future.

All the branches occupy rented premises at present.

Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin officially launched IKHLAS Point yesterday.

Takaful Ikhlas also spent another RM10 million to renovate the property, which has a build-up of 99,286 sq ft.

The company occupies all 10 floors in Tower 11A as well as another three floors in Tower 11, which also has 10 floors. The other seven floors are rented out. 

http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/iklas01/Article/index_html

Takaful Ikhlas to broaden income base

Monday March 1, 2010 MYT 12:17:00 PMKUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of MNRB Holdings Bhd, is looking to diversify its investment portfolio by acquiring commercial properties.

Its President and Chief Executive Officer, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman, said the company's move into its own building in Bangsar South would hopefully become the beginning of its plans to broaden its income through investments in properties.

Finance Deputy Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin is scheduled to officiate Takaful Ikhlas Sdn Bhd new corporate office, Ikhlas Point, Tower 11A, in Bangsar South, Kuala Lumpur on Monday.

Its investment portfolio currently covers equity, cash and bonds.

"This is a really good investment for us because the yield is higher. We bought this building (a new office) at a very low price during the recession," he told reporters during a recent media tour of Takaful Ikhlas's new corporate office in Bangsar South here.

He said the property comprising two towers, and bought during leaner times, had appreciated by 26 per cent now, and there was a good projection for rental income from the building.

Syed Moheeb said the company had invested RM87 million another RM10 million for renovation of the new headquarters, IKLAS Point.

The company which moved into the new building on February 2, will officially launch it on Monday, March 1.

Syed Moheeb said the company planned to buy more properties, particularly for rentable offices to ensure yearly rental income.

He said the company expected to see property investments accounting for at least 20 per cent of its investment income for the financial year ending March 31, 2011.

The purchase of the property was done through the company's Family Fund, which was given the approval by its Investment Committee in July 2008 to specifically invest in commercial properties.

Takaful Ikhlas' total assets currently stand at more than RM1.2 billion, of which 60 per cent comes under its Family Fund and the balance under its Shareholder Fund and General Risk Fund.

Syed Moheeb said the company was also looking to house its existing 10 branches in its own buildings in the future. All the branches are currently renting their premises.

Established in September 2002, Takaful Ikhlas offers a range of takaful services to more than 1.3 million certificate holders to date.

Its product portfolio consists 76 per cent family takaful and 24 per cent general takaful.

The company which has an authorised capital of RM500 million and paid-up capital of RM195 million, provides its Islamic insurance services through its 4,500 agents nationwide. - Bernama

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/1/business/20100301121822&sec=business