Wednesday, July 13, 2011

“Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?”

"Soalan yang hampir sama juga diajukan oleh salah seorang peserta kursus takaful NORP yang berlangsung pada hari sama fenomena bersih 2.0."

Bergambar bersama penceramah kursus NORP(tengah),dan yang paling kanan adalah en zul.
Dibawah ini jawapan dari tulisan sahabat setakaful saya.

oleh: saudara afyan.www.afyan.com

“Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?”
Saat ini, 2 hari menjelang 9 Julai 2011, antara soalan yang paling popular diajukan kepada saya ialah “Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful cover tak?”.
Sekali imbas, ia soalan-soalan nakal ditujukan kepada saya selaku perunding takaful. Namun, di sebalik kenakalan tersebut, ia ada benarnya juga.
Ada juga saya memberi respon kepada soalan itu dengan respon, “Ada cover – Takaful ALLAH Taala”.
Untuk menjawab persoalan ini beberapa perkara yang saya lakukan, antaranya;
  • menyemak terma-terma pengecualian di dalam polisi,
  • berbincang dengan rakan-rakan perunding takaful,
  • bertanya kepada bahagaian tuntutan syarikat takaful,
  • saya juga bertanya kepada rakan-rakan peguam, memandangkan ia ada kaitan dengan undang-undang.
Selepas beberapa perbincangan dan penyelidikan dijalankan, saya dapati soalan ini perlu disertakan dengan beberapa sampel kes, agar ia menjurus kepada jawapan yang tepat. Apapun, tulisan yang bakal saudara-saudari baca nanti bukanlah mewakili mana-mana syarikat takaful. Ia hanyalah pandangan berdasarkan pengalaman peribadi seorang perunding takaful.
FB bersih afyan 2 300x144 “Kalau terjadi apa apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?”
Ini bukan logo BERSIH

Pertama, apabila dirujuk kepada terma-terma di dalam mana-mana polisi takaful dan insurans, selalunya akan terdapat klausa pengecualian yang memungkinkan syarikat tidak akan membayar pampasan sekiranya kemalangan berlaku akibat daripada penglibatan di dalam rusuhan dan perhimpunan haram.
Antara klausa pengecualian yang boleh dijadikan contoh ialah sebagaimana berikut;
  • Peserta Terlibat dalam atau percumaan dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.
  • Tuntutan terhadap penyakit atau kecederaan akibat daripada perlakuan yang melanggar atau menyalahi undang-undang.
Kedua-dua klausa di atas saya ambil daripada laman web http://www.insuranceinfo.com.my yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dan ia selari dengan klausa-kluasa pengecualian yang di dalam polisi mana-mana syarikat takaful.
Berdasarkan klausa-klausa di atas, nyata sekali sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan ketika terlibat di dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara, termasuk perhimpunan awam, maka tuntutan ke atas perkara tersebut akan ditolak. Ia bukan terhad kepada perhimpunan awa, malah juga aktiviti perjudian, rompakan, kecurian, dan sebagainya.
Saya pasti, semua orang akan bersetuju dengan kesimpulan pertama ini, termasuk pegawai bahagian tuntutan syarikat insurans / takaful icon smile “Kalau terjadi apa apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?”
Kedua, timbul pula isu lain, adakah perhimpunan BERSIH adalah termasuk perkara yang dikira sebagai “aktiviti melanggar undang-undang”?
Inilah yang menjadi persoalan besar untuk menjawab soalan “Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful cover tak?”. Untuk menjawab persoalan ini, saya bertanya kepada bahagian tuntutan syarikat takaful serta beberapa orang peguam.
Di syarikat yang saya wakili belum pernah terjadi isu tuntutan seperti ini. Malah pengalaman saya sendiri selepas lapan tahun menjadi perunding takaful, belum pernah ada pelanggan yang membuat tuntutan selepas terlibat “perhimpunan awam” icon smile “Kalau terjadi apa apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?”
Antara maklumat yang saya terima, memang pernah berlaku satu kes mahkamah seorang pelanggan insurans yang membawa kes ke mahkamah apabila tuntutan insurans kemalangan yang dibuatnya ditolak dengan alasan kemalangan terjadi kerana beliau terlibat dalam demonstrasi resformasi 1999.
Pada waktu itu, beliau mengalami kecederaan apabila terlibat dalam satu siri demonstrasi reformasi di ibu kota. Proses mahkamah membawa beberapa tahun dan akhir sekali pihak pendakwaan gagal membuktikan dia terlibat dalam perhimpunan awam. Beliau mempertahankan pertuduhan dengan pembelaan bahawa beliau di dalam perjalan pulang daripada kerja syif malam ketika dalam demonstrasi reformasi itu. Justeru, mahkamah menerima penghujahannya dan mendapati beliau tidak bersalah. Maka, akhir sekali beliau Berjaya membuat tuntutan daripad syarikat insurans selepas beberapa tahun.
Saya hanya mendegar kes ini berdasarkan cerita seorang rakan, dan bercadang ingin mendapatkan fakta kes bagi rujukan di kemudian hari. Mungkin ada rakan-rakan peguam yang dapat membantu saya mendapatkan fakta kes ini?
Seterusnya, untuk mendapat kepastian tentang perkara ini, saya berbincang dengan rakan-rakan peguam yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan kesalah demonstrasi.
Satu jawapan yang agak mengejutkan saya, yang  sebenarnya sudah saya pelajari di universiti dulu, perkataan “perhimpunan haram” yang termaktub di dalam Akta Polis tidak difahami oleh polis sendiri!
Untuk makluman semua, di dalam Akta Polis, Seksyen 27 memperuntukan sebarang perhimpunan hendaklah mendapat permit daripada polis, jika tidak ia dianggap sebagai perhimpunan haram.
Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan :
  1. Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang berkenaan.
  2. Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.
  3. OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang.
  4. Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaanya dibenarkan

Apa yang berlaku di dalam kes-kes yang melibatkan perhimpunan awam ialah, polis sendiri tidak dapat membuktikan berlaku perhimpunan haram. Antara contoh dialog perbicaraan mahkamah yang menjadi bahan jenaka di kalangan peguam adalah sebagaimana berikut;
Peguam : Apakah perhimpunan haram?
Polis : 3 orang atau lebih berkumpula tanpa permit.
Peguam: Baiklah, jika saya bersama isteri dan anak berkumpul sambil menikmata makan malam di dalam rumah, adakah ia haram?
Polis : Oh, tidak. Perhimpunan haram mesti di luar premis.
Puguam : Baiklah, jika saya, ister dan anak berada di luar rumah sambil menikmati makan malam, adakah dikira sebagai perhimpunan haram?
Polis : Oh, tidak. Perhimpunan haram hanya jika terdapat pembesar suara.
Peguam : Baiklah, jika saya, isteri dan anak berada di luar rumah sambil berkaraoke, adakah dikira perhimpunan haram?
Polis : Errr…. ya… eh tidak….

Yang paling nyata, Seksyen 27 Akta Polis ini bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.
(1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);
(a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;
(c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.

(Fuhhhh, terimbau kembali memori menjawab kertas peperiksaan matapelajaran ”Constitutional Law” ketika menuntut di Kuliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM suatu ketika dahulu)
KESIMPULAN yang dapat saya rumuskan untuk menjawab persoalan “Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful cover tak?”, ia bergantung kepada persoalan ”Adakah menyertai BERSIH melanggar undang-undang atau tidak?”. Jika BERSIH adalah aktiviti yang melanggar undang-undang, maka sekiranya berlaku sebarang kecederaan ketika terlibat dalam aktiviti itu tidak akan diberikan pampasan insurans / takaful. Tapi jika ia tidak melanggar undang-undang, maka syarikat takaful / insurans mesti meluluskan tuntutan yang dibuat.
Dan, yang akan menjawab soalan ”Adakah menyertai BERSIH melanggar undang-undang atau tidak?”, adalah mahkamah, bukan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, atau Perkasa!
I rest  my case!
*Penulis adalah perunding takaful yang pernah menuntut jurusan undang-undang.

Sunday, April 10, 2011

Perbezaan antara Takaful dan Insurans

Apa itu Takaful?
Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.
Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep “Aqilah” yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.
Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar(ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.
Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.

Perbezaan antara Takaful dan Insurans
Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:
  1. Hukum
Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.
  1. Kontrak asas yang digunapakai
Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’)
  1. Kontrak-kontrak lain
Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)
  1. Tanggung jawab pemegang polisi
Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.
  1. Saluran pelaburan
Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).
Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.
  1. Perjalanan operasi
1.       Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah.  Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.
2.       Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
3.       Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.
4.       Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.
  1. Aspek perundangan
Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).
Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.

Tuesday, January 25, 2011

Modul Piramid Pengurusan Kewangan

Ini adalah lanjutan tulisan saya sebelum ini yang bertajuk, 7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan.
Modul ini saya guna di dalam setiap pembentangan saya selaku perunding takaful dan kewangan Islam. Modul yang saya bangunkan sedikit demi sedikit kira-kira dua tahun lalu ini masih belum sempurna  dan terbuka untuk sebarang penambahbaikan.
Modul yang sama juga saya gunakan untuk sesi ceramah atau latihan kepada para fresh graduan dan pelajar-pelajar tahun akhir IPT.
Secara keseluruhannya, penerangan di dalam tulisan sebelum ini, saya simpulkan dalam gambar rajah berikut;
Piramid Pengurusan Kewangan Modul Piramid Pengurusan Kewangan
Gambarajah: Piramid Pengurusan Kewangan
Piramid Pengurusan Kewangan ini membahagikan INSTRUMEN , TUJUAN dan PRODUK/CONTOH.
Pembahagian ini adalah untuk memahami perbezaan antara satu instrumen dengan instrumen yang lain.
Instrumen-instrumen ini perlu digunakan dengan betul berdasarkan tujuan masing-masing-masing. Jika tidak ia akan menghasilkan keputusan yang berbeza daripada yang diharapkan.
Perkara ini pernah saya analogikan antara pisau dengan kapak di dalam tulisan saya dahulu yang bertajuk;Jangan Gunakan Kapak Untuk Memotong Sayur!.
Memahami TUJUAN dan PRODUK setiap INSTRUMEN kewangan, boleh mengelakkan kita daripada menggunakan “PISAU” untuk “MENEBANG POKOK” perlu dielakkan. Jika tidak, “POKOK” tidak tumbang, malah “PISAU” kita pula yang akan tumpul.
Sebagai contoh, produk TAKAFUL adalah sebagai instrumen PERLINDUNGAN. Maka ia janganlah dianggap sebagai instrumen untuk SIMPANAN atau PELABURAN. Sekalipun di dalam sesetengah produk TAKAFUL mempunyai elemen SIMPANAN dan PELABURAN, namun tujuan utama dan asalnya ia adalah untuk PERLINDUNGAN.
Oleh yang demikian, apabila kita membuat sumbangan sebanyak RM 100 sebulan, maka ia bukan bermakna kita telah membuat SIMPANAN sebanyak RM 1,200 setahun di dalam polisi takaful tersebut.
Begitu juga untuk memahami produk UNIT AMANAH, ia adalah produk untuk PELABURAN. Maka, ia tidak dapat lari daripada elemen RISIKO. Justeru, ia sama sekali tidak sama dengan produk-produk untuk SIMPANAN yang tidak mempunyai RISIKO.
Oleh itu, sekiranya kita melaburkan RM 10,000 untuk dengan harapan untuk mendapatkan hasil RM 10,000 yang kedua, maka kita perlu turut bersedia untuk menerima risiko kehilangan RM 10,000 tersebut. Ini adalah contoh “worst case scenario”.
Jadi, fahami dan kenali instrumen-instrumen kewangan yang ada sebelum menggunakannya.

7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan

Selaku seorang perunding takaful dan kewangan Islam, adalah menjadi tugas saya untuk menerangkan konsep pengurusan kewangan secara umum.
Di dalam setiap pembentangan secara personal atau taklimat, saya akan mulakan dengan konsep pengurusan kewangan secara umum sebelum fokus kepada takaful.
Ia bertujuan supaya klien saya memahami bahawa takaful merupakan salah satu daripada pelbagai instrumen yang lain.
Secara umumnya, asas pengurusan kewangan saya simpulkan kepada 7 langkah dan peringkat, sebagaimana berikut;
Konsep Pengurusan Kewangan 7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan
  1. PENDAPATAN (Income);Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada pekerjaan seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?
  2. SIMPANAN (Saving);
    Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.
  3. PERBELANJAAN (Expenses);
    Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;
    PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
    Tetapi, yang sepatutnya ialah;
    PENDAPAAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
    Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.
  4. PERLINDUNGAN (Protection);
    Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah takaful dan insurans.
  5. PELABURAN (Investment);
    Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.
  6. PENYUCIAN (Purification);
    Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.
  7. PEMBAHAGIAN (Distribution);
    Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah fungsi wasiat, dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN  mengikut faraid berjalan lancar.

Menunaikan Haji Dengan Takaful IKHLAS?

Rentetan daripada entri bertajuk ; “Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!“, saya menerima beberapa pertanyaan tentang perkara ini.
Di bawah ini adalah salah satu daripada persoalan dan diskusi tentang perkara yang saya kemukakan di blog ini untuk dikongsi bersama para pembaca.
haji1 Menunaikan Haji Dengan Takaful IKHLAS?
haji2 Menunaikan Haji Dengan Takaful IKHLAS?haji3 Menunaikan Haji Dengan Takaful IKHLAS?haji4 Menunaikan Haji Dengan Takaful IKHLAS?
Nota: Ingin saya tegaskan satu perkara tentang produk IKHLAS Haji Saving Takaful ini, adalah produk PERLINDUNGAN kewangan untuk meunaikan haji. Bermakna, ia menyediakan plan PERLINDUNGAN untuk simpanan haji seandainya, penyimpan tidak sempat menunaikan haji akibat berlaku musibah kematian, lumpuh atau sakit kritikal. Ia tidak sekali-kali menggantikan simpanan di Tabung Haji, namun ia juga boleh memberi nilai tambah kepada simpanan di Tabung Haji

Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!

Eh, seperti tagline syarikat penerbangan pula tajuk tulisan saya hari ini icon smile Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!
Sudahkah saudara memulakan simpanan untuk menunaikan haji? Sekiranya belum, eloklah mulakan sekarang.
Bak kata pepatah Cina, masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 10 tahun yang lalu, dan masa kedua terbaik adalah sekarang.
tabung haji1 300x224 Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!
Haji: Simpanan vs Pelaburan
Saya teringat, beberapa tahun lalu, selepas mengendalikan sebuah bengkel pengurusan kewangan kepada graduan muda sebuah universiti, selepas bengkel tersebut, seorang peserta mengadukan persoalan berkenaan tentang simpanan haji.
En Afyan, saya baru sahaja menyertai satu pelaburan unit amanah untuk membuat simpanan menunaikan haji untuk ibu bapa saya”, kata peserta tersebut.
Bagaimana saudari boleh terfikir untuk berbuat demikian”, tanya saya selepas mengetahui jumlahnya agak besar bagi seorang pelajar graduan baru sepertinya.
Seorang rakan saya, yang juga ejen unit amanah memberitahu bahawa duit tersebut akan dilaburkan dan memberi keuntungan”, katanya.
Katanya juga dia rasa sedikit bingung dengan tindakannya selepas mengikuti bengkel saya yang menekankan tentang perbezaan instrumen simpanan, pelaburan dan perlindungan.
Saya menjelaskan kepadanya, kata ejen tersebut benar bahawa unit amanah merupakan satu instrumen pelaburan. Namun, tindakannya melaburkan hampir kesemua wang simpanan yang disimpannya ke dalam pelaburan unit amanah dengan harapan dua tahun lagi dia dapat gunakan untuk menghantar ibu bapanya menunaikan ibadah haji agak kurang praktikal dan realistik.
Saudari yakin, dua tahun lagi wang yang saudari laburkan akan memberi keuntungan?”, tanya saya yang diikuti dengan gelengan kepadanya yang sedikit teragak-agak.
Lantas saya mengulang kembali beberapa isi penting daripada bengkel saya tadi berhubung simpanan dan pelaburan. Saya terangkan kepada beliau, niatnya amat murni untuk menghantar kedua ibu dan ayahnya menunaikan haji, namun dalam kondisi beliau sebagai pelajar, adalah kurang wajar untuk melaburkan wang tersebut ke dalam unit amanah dengan sasaran dua tahun lagi duit tersebut akan mencukupi bagi menanggung kos perbelanjaan haji.
Saya turut katakan kepadanya bahawa, dengan tempoh yang begitu pendek, dua tahun tidak praktikal untuk melihat wang pelaburan di unit amanah bertambah mendadak. Lebih teruk lagi, ketika tempoh dua tahun itu sudah sampai duitnya makin berkurangan.
Apakah instrumen terbaik untuk simpanan haji?Untuk soalan ini, jawapannya sudah diberikan di dalam soalannya.
Jawapannya ialah SIMPANAN.
Jawapan yang sama sekiranya ada yang bertanya, “Afyan, apakah instrumen yang terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak saya?”.
Untuk memulakan simpanan haji, gunakanlah instrumen simpanan yang sewajarnya untuk membuat simpanan. Instrumen simpanan terbaik bagi simpanan haji di Malaysia ialah Tabung Haji. Sebagaimana namanya, Tabung Haji adalah sebuah instrumen untuk membantu masyarakat Islam membuat simpanan bagi tujuan menunaikan ibadah haji.
Kos menunaikan haji meningkat dari masa ke masa. Justeru masa terbaik untuk memulakan simpanan haji adalah sekarang, bukan untuk menunggu sehingga usia pencen baru berkira-kira hendak menunaikan haji.
Bagi merangsang minat untuk menunaikan haji, saya amat menggalakkan saudara sekalian membaca buku Travelog Haji serta buku Haji Muda terbitan PTS Publication.
Merancang simpanan haji
Untuk merancang simpanan haji, ada beberapa langkah yang saya syorkan;
  • Pertama; Letakkan sasaran tempoh masa.
  • Kedua; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.
  • Ketiga; Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.
Sebagai contoh, saudara berusia 30 tahun dan bercadang untuk memulakan simpanan haji.
Pertama; Letakkan sasaran tempoh masa.Katakanlah saudara mensasarkan usia 40 tahun untuk menunaikan ibadah haji, maka saudara mempunyai tempoh 10 tahun lagi untuk membuat simpanan.
Kedua; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.Dalam masa 10 tahun akan datang, saudara menganggarkan jumlah perbelanjaan haji adalah RM 20,000. Maka RM 20,000 menjadi sasaran simpanan yang perlu dilakukan.
Ketiga; Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.
Akhir sekali, jumlah RM 20,000 tadi dibahagikan dengan temph 10 tahun, maka
  • RM 20,000 / 10 tahun = RM 2000 setahun,
  • RM 2,000 setahun / 12 bulan = 166.66 atau Rm 170 (selepas dibundarkan) sebulan
  • Maka, jumlah simpanan bulanan yang diperlukan adalah RM 170 atau
Jumlah RM 170 ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya sasaran tersebut lebih pendek masanya atau simpanan yang diperlukan lebih tinggi. Contoh yang saya berikan ini tanpa mengambil kira sebarang keuntungan.
Jadi, apa seterusnya?
Seterusnya, apa yang saudara perlu lakukan ada DISIPLIN. Ya, berdisiplin dalam membuat simpanan setiap bulan selama 10.
Sekarang, saudara sudah mengetahui kaedah dan cara membuat simpanan haji. Namun, adakah saudara yakin dalam tempoh 10 tahun akan datang saudara masih mampu menunaikan niatnya saudara?
Tiada siapa mampu memberikan jawapan ini melainkan Allah. Takdir akan menentukan sama ada nyawa kita masih panjang untuk mengecapi usia 40. Jika usia kita masih panjang, dan kita masih sihat wal-afiat, kita berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Jika sebaliknya, insya-Allah niat dan usaha kita untuk menunaikan haji tetap akan diberi pahala oleh Allah.
Justeru, di sinilah peranan takaful datang untuk membantu niat tersebut tetap tercapai sekalipun berlaku perkara yang tidak diingini terhadap diri saudara.
Piramid%20Pengurusan%20Kewangan SAVING%20INVEST%20PROTECT Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!
Kombinasi SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN untuk menyediakan wang perbelanjaan menunaikan haji. Gambar daripada Modul Pengurusan Kewangan.
IKHLAS Hajj Saving Takaful
Takaful IKHLAS memperkenalkan sebuah produk terbaru IKHLAS Hajj Saving Takaful dengan kad30 sebulan, membolehkah simpanan haji berkenaan diberi jaminan kewangan sekiranya berlaku musibah terhadap peserta sebelum sempat menunaikan haji.
Dengan kadar semurah ini, berdasarkan pengiraan yang dilakukan sebentar tadi, saudara boleh peruntukkan sebahagian jumlah simpanan saudara ke dalam IKHLAS Hajj Saving Takaful sebagai akaun kedua selepas Tabung Haji.
Produk ini memberi perlindungan dalam bentuk pampasan kewangan seandainya peserta meninggal dunia atau lumpuh atau ditimpa penyakit kritikal dalam tempoh masa membuat simpanan haji.
Selain itu juga, dengan kaedah ini, saudara boleh berDISIPLIN melakukan “simpanan paksa” berbanding kaedah simpanan biasa di bank atau Tabung Haji yang tiada elemen “paksa” ini.
Kini, dengan kadar serendah RM 30 sebulan, semua orang mampu untuk menunaikan haji!

Saturday, January 15, 2011

TUNTUTAN RM126,659.39

Kalau ramai orang kata Takaful Ikhlas lambat dari segi tuntutan dan sebagainya..Sayat idak peduli! Ini kerana tuntutan biasanya sangatlah mudah tidak kiralah sama ada tuntutan TAKAFUL KELUARGA mahu pun dari TAKAFUL KENDERAAN. Biasanya yang lambatnya proses tuntutan ialah borang tuntutan yang tidak lengkap ataupun terdapat keraguaan yang munasabah. Pernah membuat tuntutan untuk diri sendiri mahu pun bagi pihak clients. Ternyata cekap dan dalam tempuh yang singkat, cek dikeluarkan.

Cuba lihat keratan akhbar disebelah. Baru tiga bulan menyimpan tetapi Allah lebih menyayanginya. Mungkin belum berpeluang menunaikan Haji tetapi insyaAllah dengan wang tersebut mungkin warisnya boleh mengupah mahupun pergi sendiri menunaikan Haji atas nama arwah. Bukan sahaja haji, lebihan tersebut boleh disedekahkan ke fakir miskin, membina masjid etc. Kalau diikutkan dari segi perkiraan menyimpan sebulan RM100.00 di dalam bank, manakan dapat RM126,659.39Ini bukannya skim cepat kaya. Tapi inilah kuasa "tabarru" sesama penyimpan yang lain.